Search

Jangan Bawa Isteri Jika Pergi Ke Wang Kelian!


Perjalanan kami hari terakhir di bumi Kedah melencong sikit ke Perlis. Alang-alang sudah bersebelahan makan kami pun rancang perjalanan ke Wang Kelian. Menurut perkongsian anda di Facebook, bukan main meriah lagi temnpat ini dengan makanan, maka dengan itu, kami pun pergi ke sini.



Menurut tuan rumah juga selaku rakan kami, jika hendak ke Wang Kelian kena bergerak awal, paling tidak pun selepas Subuh. Jika awal, boleh parking berhampiran dengan pintu sempadan terus dan tidak perlu jalan banyak.



Tiada masalah pun bagi kami untuk bangun awal sebenarnya. Maka selepas bangun Subuh kira-kira pukul 8 pagi, kami pun bertolak. Ada seorang rakan kami yang liat sungguh hendak bangun. Semua salah dia maka kami terpaksa menapak agak jauh untuk ke sempadan yang dikenali sebagai Satun.

Bayangkan perut sudahlah lapar kerana tidak makan apa-apa sebaik bangun tido. Oh, di sini kami nak kongsi tips satu:

Sila minum air kosong sebaik bangun tidur. Ini akan memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan sebaik sahaja bangun tidur. Jika tidak minum nanti anda mudah bad mood tahu hendak marah orang saja.





Pulut Ayam Padu




Apabila lapar tentulah kedai makan yang kami cari. Maka kawan kami bawa ke satu gerai makanan yang dia selalu pergi. Jika anda tidak pernah lagi sampai di sini, ada banyak pilihan gerai makan di sini. Tengok saja pun sudah rasa lapar.



Kami dihidangkan dengan sepinggan pulut ayam bersama dengan bawang goreng dan juga sos manis. Apa yang lagi menarik, ayam dan juga pulut yang dihidangkan masih lagi panas maka lagi berseleralah kami makan.

Selain itu, di Wang Kelian juga merupakan lokasi pertama kami merasa apa itu Som Tam. Som Tam ini lebih kurang macam kerabu jugalah kiranya (betulkan kami jika salah). Dengan potongan buah mempelam muda yang nipis-nipis, memang nampak sedap. Kawan saya minta pedas.



Makan punya makan, rasa som tam ini tidaklah pedas mana – pada awal-awal makan. Rupa-rupanya rasa pedas itu datang selepas makan. Sedap memang sedap tapi kepada yang tidak tahan pedas, jangan berani minta pedas.



Banyak lagi makanan yang kami jarang jumpa di sini seperti lemang pulut hitam. Tidak sempat pula merasa kerana kami mahu meneruskan perjalanan meneroka daerah Satun ini. Suasana di sini sangat meriah pada hujung minggu. Jika tidak salah, jika anda pergi hari Ahad, tidak perlu gunakan passport untuk masuk ke sini.






Udang Sanggol



Udang Sanggol merupakan udang yang telah disalut bersama mee sanggol. Memang rangup dan udangnya yang kami makan di sini pun masih lagi segar. Kami nasihatkan jika mahu makan udang sanggol ini, tidak perlu beli banyak kerana cepat muak.


Alat Buat Sosej Balut Telur



Nampak macam menarik dan pelik, maka kami berhenti untuk tengok bagaimana alat buat sosej balut telur ini berfungsi. Jawapan dia, memang lama mahu tunggu sosejnya siap dibalut dengan telur tetapi makanan ini sihat kerana tida ada minyak.



Anda hanya perlu masukkan sosej kemudian pecahkan telur. Tunggu sekitar 10 minit maka siaplah hidangan anda. Hujung minggu bolehlah masak berlengah begini, jika hari bekerja, merah sajapunch card.


Syurga Membeli Kaum Wanita



Setelah kami meninjau, semakin lama kami rasakan Wang Kelian ini merupakan lubuk kepada kaum wanita, ibu-ibu, isteri-isteri dan makcik-makcik. Kami kagum dengan semangat membeli kaum wanita yang tinggi. Tangan kanan penuh, tangan kiri’kan ada lagi.



Memang syurga membeli barangan dapur dan juga bantal, tilam murah. Jika datang tidak tepat pada waktunya, memang boleh tengok saja. Itu yang terkeluar perumpamaan – Wang Kelian: Jangan Bawa Isteri Anda Ke Sini. Sekadar gurauan saja ya.





Tapi jika anda ingin datang ke sini juga, bawalah lori 1 tan mahupun Alphard sebab nanti dah borong, mana boleh borong sikit-sikit punya. Kami pun rambang mata tengok barang di sini. Terus teringat pada mak, ayah, makcik kampung semua. Kami yakin, hujung bulan pasti meriah di sini.




Selain barang dapur, boleh juga borong barang kosmetik. Tidak tahu kami cakap betapa murah di sini. Jika anda datang konon-konon tidak mahu beli apa-apa, jangan terkejut tiba-tiba anda bawa balik pencuci muka seaweed. Sungguh kuat aura dan tarikan membeli di sini.


Perkhidmatan Motor Teksi



Kepada anda yang sudah beli banyak barang dan malas untuk berjalan, bolehlah gunakan perkhidmatan motor seperti teksi yang akan hantar anda ke tempat anda. Ringkas dan mudah sahaja dan tidak memenatkan kaki untuk berjalan.



Kami tidak tahu pula harganya, tapi perkhidmatan sebegini memang famous di negara Thailand sendiri. Di Malaysia tidak jumpa lagi perkhidmatan sebegini.



Kami kongsikan lagi beberapa gambar di bawah ini untuk tatapan anda. Terlalu banyak perkara menarik di sini dan jika anda ingin berkongsi tips atau tempat menarik, boleh tinggalkan komen anda di bawah.