Search

Jangan Lupa Mendaki Gunung Seoraksan Jika Mengunjungi Taman Negara Seoraksan Korea!



Hari kedua berada di Korea, masih lagi terasa sejuk. Untuk hari kedua, kami akan pergi ke tempat yang sangat cantik pemandangannya iaitu di Mount Seoraksan atau pun Gunung Seorakan. ia terletak di Taman Negara berhampiran dengan bandar Sokcho






Mengkikuti pakej yang disediakan oleh Wiya Travels, kami menginap di Hanwha Resorts yang menawarkan kemudahan yang cukup sempurna dan terbaik. Memang puas hatilah pergi, lebih-lebih lagi jika pergi dengan suami atau isteri. Eh.




Sebelum naik gunung, kita janga lupa makan dulu. Nanti mahu mendaki sudah tidak ada tenaga. Kami memilih sarapan cereal dan buah sahaja acah-acah makan makanan sihat di waktu pagi






Ruang makan yang disediakan di sini memang selesa




Perjalanan kami kemudiannya diteruskan sebaik habis makan pagi. Naik bas dan tidak sabar untuk mendaki Gunung Seoraksan. Sudah cukup cergas rasanya badan ini, siap boleh lari lagi agaknya jika mahu naik ke atas.

Sebaik sampai, memang cantik sangat kawasan di sini malah ada yang turun bas terus tangkap gambar. Sejuk memang sejuk tapi jika datang pada musim sejuk, terjamin lagi sejuk daripada sekarang. Jangan lupa bayar entrance ya



Selain itu, antara perkara wajib buat di sini ialah tangkap gambar bersama ikon Mount Sorak sendiri iaitu seekor beruang. Kami yakin pada anda yang sudah pernah sampai sini mesti ada bergambar di sini juga. Jika pergi ramai-ramai, mesti ada seorang yang jadi mangsa kena ambil gambar. Ya, kamilah orangnya itu.



Sebaik sesi bergambar, maka pendakian pun bakal bermula. Puncak yang anda lihat di dalam gambar inilah yang anda perlu daki sampai atas. Dengan keadaan sejuk, kami teruskan juga



Tengok, ada lagi kedai kopi di kaki gunung. Siapa yang suka kopi, memang boleh cuba pelbagai kopi yang ada di sini atau mungkin boleh dinikmati setelah penat turun dari gunung



Tiket kaunter ada di disediakan sebelum naik ke atas



Kita hendak naik ke atas puncak tersebut tidaklah daki dari bawah terus. Ada kereta kabel yang disediakan bagi memudahkan sesi pendakian. Patah dua pinggang kami jika naik sendiri ke atas tanpa sebarang praktis



Masuk kereta kabel, apa lagi, mestilah mahu tangkap gambar keindahan alam yang terbentang luas. Jujur kami beritahu anda, saat berada dalam kereta kabel ini, rasa bertuah sangat kerana berpeluang hirup udara segar di bumi Korea ini



Memang gayat naik kereta kabel. Inilah bahagian yang paling berdebar sebenarnya ketika mendaki gunung Sorak. Naik ramai-ramai kemudian nampak pula di bawah. Tapi sempat lagi ambil gambar



Ada juga yang sempat lagi bergambar dengan abang Korea jaga kereta kabel, janji orang Korea



Kami juga naik kereta kabel dengan Kim Jung-un (duduk, tengah). Gurau saja. Lelaki ini cuma mirip Kim Jung-Un sebab belahan rambut dia sahaja. Pandai dia jaga rambut dia



Setelah sampai di point seterusnya, kami pun memulakan langkah untuk menaiki mendaki Gunung
Seoraksan



Kawasannya yang berbukit-bukit dimudahkan dengan laluan yang disediakan khas



Tapi apa-apa pun, kenalah berhati-hati juga ya kerana tiada tali yang disediakan di sini, cuma ada laluan tadi sahaja


Jika anda perasan, kebanyakan yang mendaki gunung ini kebanyakannya sudah berusia. Malah lebih meriah lagi, rata-rata warga tempatan Korea yang naik ke atas ini, mereka memakai baju yang terang-terang



Jika anda tidak percaya tiada tali di sini, ini kami kongsikan gambar.



Berani kakak ini jenguk-jenguk gaung ya





Walaupun penat sebenarnya, sebaik sampai di atas sini, memang mahu bergambar juga sebenarnya. Maklumlah sajalah, Sorak Mount telah dinobatkan sebagai gunung tercantik di Korea Selatan. Bukan selalu dapat peluang sebegini. Puas hati sangat travel agency bawa kami ke sini



Setelah ambil gambar atau menjerit di atas ini, anda boleh daki lagi atas ke puncaknya



Tengok, ada seorang abang boleh dukung anak atau mungkin cucu untuk naik dan turun di gunung ini. Hebat stamina orang di sini



Dalam perjalanan turun anda akan bertembung juga dengan mereka yang baru mahu naik ke atas. Memang seronok tengok budaya orang di sini. Amboi kakak, cantiknya cermin mata. Cantik-cantik mahu ke mana itu?



Jika kami pergi ketika musim salji seperti dalam gambar utama di atas, kami yakin cuacanya lagi sejuk malah laluan juga mungkin jadi lebih sukar. Jika anda memang sukakan cabaran, bolehlah datang ke ini. Bagi pendaki gunung, mungkin ini laluan mudah buat anda tapi memang berbaloi untuk dicuba.

Maka sampai sudah kami di bawah. Tidak sabar kami mahu kongsikan lagi mengenai perjalanan kami di bumi Korea Selatan. Tambahan pula rata-rata kemudahan di sini memang lengkap dan terbaik



Pengalaman Mendebarkan Mendaki Gunung Sorak - VITDAILY20150407_2496

Lokasi Gunung Seoraksan