Search

Kalau Anda Ada 5 Tanda Ini, Anda Travel Untuk Makan!



Jika perkara ini bukanlah terjadi kepada anda, kami percaya salah seorang daripada rakan travel anda pasti mempunyai tabiat makan yang kuat dan mahu mencuba pelbagai hidangan makanan di luar negara. Agak-agak yang kena dengan anda atau tidak dalam 5 perkara ini.

1. Tidak Perlukan Hotel Yang Mahal, Selesa





Golongan yang berjalan untuk makanan ini hanya perlukan bantal dan tilam sahaja. Tidak perlukan hotel yang mahal, asalkan bila kenyang nanti boleh balik hotel dan tidur dengan nyenyak. Mentang-mentanglah kenyang, mana-mana pun boleh tidur.




2. Tempat Penginapan Dekat Dengan Dengan Pusat Makanan




Akses untuk ke tempat tarikan makanan adalah penting. Tiadalah susah-susah mahu cari tempat makan jauh-jauh jika tempat penginapan anda sudah hampir dengan pusat makanan. Bangun pagi saja sudah bau makanan, terus bersemangat!

3. Bangun Pagi, Buka Peta Cari Kawasan Yang Jual Makanan



Biasanya perancangan sebegini telah pun bermula sebelum sampai ke destinasi lagi. Contohnya pergi ke Thailand mahu cuba green curry dan juga pulut mangga. Pasti itu perkara pertama yang akan difikirkan sebaik sampai di negara tersebut.





4. Biasa Orang Beli Fridge Magnet Buat Cenderahati, Anda Beli Makanan



Ini lagi satu perangai ni. Biasa orang beli barang kenang-kenangan tapi anda beli makanan. Nampak sangat bukan jiwa sentimental, janji perut kenyang.

5. Bila Pulang Ke Tanah Air, Asyik Rindukan Makanan



Admin sendiri mempunyai rakan-rakan yang pastinya merindukan makanan di luar negara. Apatah lagi makanan yang sedap itu hanya boleh didapati di negara tersebut. Apa biasanya makanan masa travel yang anda selalu rindu?