Search

Menyelamai Kehidupan Orang Asli Di Royal Belum

Image Credit to  alfian hashim
Lokasi Pelancongan :

Hutan Simpan Royal Belum di Pulau Banding, Grik, Perak

Info Lawatan :

Tourism Malaysia Perak
No. 12, Medan Istana 2,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh, Perak

Tel : +605-2552772/9962
Faks : +605-2532194

Like Facebook :Tourism Malaysia Perak
Website : www.tourism.gov.my


Perhatian : Untuk ke Royal Belum, setiap pengunjung wajib mendapatkan permit. Permohonan permit boleh dibuat di laman web ini. Bayaran akan dikenakan termasuk kepada pelancong tempatan.



Jika anda mengunjungi Hutan Simpan Royal Belum di Pulau Banding, Grik, Perak, pastikan anda tidak lupa untuk mengunjungi masyarakat orang asli yang tinggal di Perkampungan Orang Asli Sg. Tiang.






Aktiviti Di Perkampungan Orang Asli Sg. Tiang

Majoriti masyarakat orang asli terdiri daripada Suku Kaum Jahai. Suku Jahai adalah sub etnik utama Negrito.

Di sini anda berpeluang menyertai dan belajar teknik survival yang diamalkan oleh masyarakat asli.




Belajar kaedah memburu haiwan sebagai makanan dengan cara menyumpit



www.sobriyaacob.com

Memasak nasi dalam buluh dan yang penting nasi tidak hangit!




Berhibur dan bermain muzik cara orang asli iaitu menggunakan buluh.




Belajar menangkap ikan mahir seperti kanak-kanak suku Jahai




Dan sudah semestinya bergambar dengan masyarakat orang asli suku Jahai. Kanak-kanak di sini sememangnya comel-comel belaka dan sangat pemalu terhadap masyarakat luar.




Melihat model rumah orang asli suku Jahai. Rumah yang dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus.









Kemudahan Penginapan

Anda boleh memilih sama ada untuk berkhemah dan menginap di chalet yang disediakan iaitu Sg. Tiang, Sg. Kenarung, Sg. Papan dan Sg. Kejar





Tapak Perkhemahan Sungai Kejar dan Chalet Sg. Papan



Chalet Sg. Tiang

Jika anda sanggup berbelanja lebih untuk penginapan, bolehlah menyewa rumah boat yang terletak di Pulau Banding






Cara ke Royal Belum

Ambil Keretapi dari Stesen KL Sentral ke Ipoh. Dari Ipoh, dapatkan bas ke Pulau Banding

Memandu dari Ipoh. Lalui Lebuhraya Utara-Selatan,exit dari Kuala Kangsar, menuju ke Gerik seterusnya Pulau Banding. Perjalanan dari Ipoh ke Pulau Banding mengambil masa selama 3 jam.

Sampai sahaja di Pulau Banding, ambil bot dari jeti Pulau Banding ke Royal Belum.