Search

Ooo Rupaya Ada Lagi 8 Taman Tema Baru Akan Dibuka Di Malaysia


Semakin banyak kemunculan taman tema di seluruh Malaysia yang memberikan pilihan kepada orang ramai untuk berhibur dan berekreasi. Temanya juga ada yang jauh lebih menarik dan tidak kurang hebatnya berbanding dengan taman tema terunggul di luar negara. Sekarang , anda tak perlu lagi membazir duit ke luar negara semata-mata untuk riang-ria di taman tema. Jom ketahui 8 taman tema baru terunggul di negara kita yang bakal dibuka.



1. 20TH CENTURY FOX WORLD THEME PARK, GENTING HIGHLAND

Taman Tema 20th Century Fox World Genting Highland ini bakal menjadi taman tema pertama 20th Century Fox di dunia dan Asia. Taman tema ini diinspirasi bertemakan filem-filem imaginasi terkenal seperti Ice Age, Night At The Museum, Life Of Pi dan Rio.

Pembinaan sepenuhnya dijangka siap pada tahun 2017. Sama-samalah kita menunggu pembukaan pertamanya pada 2017!






2.UPIN & IPIN THEME PARK , SEPANG

Dengan kejayaan kartun animasi Upin & Ipin, Les’Copaque mula membangunkan sebuah taman tema berkonsepkan Disneyland berkonsep karakter Upin & Ipin dengan belanja keseluruhan dianggarkan RM700 juta. Ianya dijangka dibangunkan bersebelahan Litar Sepang F1. Ianya dijangka siap pada 2016.







3.MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS), IPOH

Semakin ramai yang tidak sabar menunggu pembukaan rasmi Movie Animation Park Studio (MAPS) yang dijangka pada penghujung 2016. Pembinaannya dikatakan telah siap 80% . Penjualan tiket secara online juga telah dibuka. Antara yang menarik di sini ialah taman animasi berkonsep kartun BoBoiBoy, The Smurf, Stunt Legend untuk aktiviti berkereta, Blast Off Zone untuk pengalaman angkasa lepas dan taman fantasi berkonsepkan hutan. Akan dibuka pada Disember 2016.

Beli segera tiket secara online di laman web www.mapsperak.com







4.LANGKAWI ECO THEME PARK

Taman Eko ini dijangka siap pada tahun 2016/2017. Ianya dibina di atas tapak berkeluasan 13.35 hektar. Sesuatu yang dijangka menarik ialah kerjasama dengan National Geographic untuk membangunkan Penerbangan Omnidome 3D sebagai daya tarikan. Selain itu, Bio-Dome juga diwujudkan untuk mendekatkan lagi pengunjung kepada flora dan fauna. Perkampungan budaya dan hotel juga akan dibangunkan. Kos pembinaan dijangka mencecah sehingga Rm700 juta.





5.SPLASH PARK, PORT DICKSON

Splash Park di Port Dickson ini bakal menjadi taman tema air terbesar di Negeri Sembilan. Taman tema air ini dibangunkan di atas tanah berkeluasan 9.2 hektar yang akan dibina bersama hotel penginapan. Taman tema air ini walaubagaimanapun masih dalam pembinaan. Berita perkembangan pembangunannya boleh diikuti di laman web Splash Park



6.ECO MARINE THEME PARK, MELAKA

Projek taman tema air ini baru saja dilancarkan pada akhir tahun 2015. Projeknya meliputi pembinaan taman tema, hotel-hotel, pusat membeli belah dan rumah kediaman. Taman temanya akan mempunyai sebuah kapal layar sebagai replika dan air terjun binaan akan mengelilingi taman air ini.






7.JURASSIC PARK & SEA WORLD, MELAKA

Jurassic Park di Melaka ini bakal menjadi taman jurassic pertama di Asia. Ianya dibina di Diamond Coast, Dataran Klebang. Anda bakal saksikan 200 replika dinosaur elektrolik dan hidrolik serta akuarium hidupan marin yang mempunyai pelbagai spesis ikan termasuk ikan paus. Anda boleh saksikan sendiri nanti dinosaur yang boleh bergerak. Mungkinkah dinosaur di sini menghampiri saiznya yang sebenar? Akuarium Melaka Sea World juga dibina bersebelahan dengan taman tema Jurassic Park ini. Ianya telah dilancarkan sejak tahun 2013 dan bakal siap pembinaanya dalam sedikit masa lagi!





8.OCEAN QUEST MARINE THEME PARK &  OCEAN SPLASH WATER PARK JOHOR

Kedua-dua jenis taman tema ini dibina di Desaru. Pembukaannya dijangka pada tahun 2016. Taman tema air ini dikatakan dibina dengan konsep yang sama seperti taman air Discovery Cove, Orlando. Mungkinkah anda dapat berinteraksi dengan ikan-ikan dan menyentuh hidupan laut dengan mudah di taman marin ini? Ianya merupakan taman marin interaktif yang berbeza dari taman air yang pernah wujud di Malaysia. Sama-sama kita nantikan!



Discovery Cove, Orlando