Search

Pemandangan Di Rose Center Cameron Highland Ini Memang Indah Dinikmat Bersama Keluarga


Cameron Highland mempunyai beberapa taman bunga yang menarik untuk dilawati. Antaranya taman lavender dan taman bunga ros. Salah satu lokasi taman bunga menarik yang mempunyai pemandangan cantik dan mengagumkan ialah Rose Center Cameron Highland yang terletak berhampiran Kea Farm.


Gambar via Vagabondhighheels



Amaran : Tempat ini mungkin tidak sesuai bagi golongan warga tua dan kanak-kanak serta mereka yang menghidapi penyakit asma dan jantung kerana tangganya agak curam di sini.

Apa yang menariknya tentang Rose Center Cameron Highland ini ialah anda perlu mendaki anak tangga yang banyak untuk sampai ke puncak.


Kredit gambar via facebook Pok Su

Sepanjang pendakian, anda pasti akan gembira dan teruja kerana dikelilingi pelbagai jenis bunga-bungaan terutamanya bunga ros yang berwarna warni dan harum. Bunga-bunga ini ditanam di sepanjang tangga menuju puncak.



Bunga-bungaan berwarna warni yang ditanam secara bertingkat.


Gambar via Vagabondhighheels



Pelawat tidak dibenarkan memetik sebarang bunga atau tumbuhan lain di sekitar kawasan ini. Denda akan dikenakan bagi yang berbuat demikian.



Kredit gambar via facebook Pok Su


Kredit gambar via facebook Pok Su

Selain bunga ros, pokok tomato dan cili juga ditanam. Ada jenis cili dan tomato berwarna merah dan ada juga yang berwarna hijau serta berbagai-bagai saiz boleh dilihat.


Gambar via Thepoortraveler


Gambar via Thepoortraveler


Gambar via Thepoortraveler

Taman ini memang luas dan laluan mendaki teres bertingkat ini juga agak tinggi. Memang penat untuk sampai ke puncak. Selain bunga-bungaan yang berwarna warni, terdapat elemen lain yang menjadikan taman ini lebih menarik. Antaranya adalah lorong berwarna warni, tugu dan hiasan patung-patung seperti patung Confucius dan monyet iaitu elemen zodiak yang dipercayai oleh masyarakat Cina.


Gambar via ironwulf.net


Salah satu laluan lorong menarik di sekitar taman. Gambar via Eye In The Blue Sky


Salah satu tugu menarik di Rose Center CH. Gambar via Outlinephotography


Gambar via Jenny In Malaysia


Binaan rumah kecil berbentuk kasut yang menjadi perhatian apabila sampai di puncak. Gambar via Adahsyafiah


Gambar via Smarttraveller



Taman bunga yang tidak disangka sungguh indah sekali di Cameron Highland. Peminat-peminat bunga tentu takkan lepaskan peluang untuk datang ke Rose Centre Cameron Highland ini. Ada beratus jenis bentuk bunga dan warna. Nikmati bunga dalam cuaca yang sejuk dan tiupan angin di puncak bukit.


Gambar via Sailorstales


Bunga berwarna warni dan cantik. Gambar via Malaysianfanclub

Cara ke Rose Center Cameron Highland

Lokasinya terletak kira-kira 3.5 km dari Brinchang. Pintu masuk ke taman ini agak tersembunyi di antara deretan kedai-kedai jualan di sepanjang Kea Farm. Anda perlu masuk dari jalan utama Kea Farm.



Papan tanda pertama. Anda cuma perlu masuk ikut anak panah dan akan melalui jalan-jalan deretan kedai. Ada satu lagi papan tanda yang anda akan temui.





Kemudian anda akan temui bangunan yang atapnya berwarna-warni. Di situlah terletaknya Rose Center Cameron Highland.

ROSE CENTRE CAMERON HIGHLAND

Bayaran Masuk : Dewasa (RM5), Kanak-Kanak (RM3)
Waktu Buka : 8.00 pagi - 6.00 petang
Alamat : Kea Farm, Brinchang, Cameron Highland, Pahang