Search

Templer Park Rainforest Retreat Memang Sesuai Untuk Hilangkan Tekanan Kerja!


Templer Park Rainforest Retreat berada di dalam kawasan hutan di negeri Selangor. Taman ini berjarak 6 kilometer dari bandar Rawang dan 22 kilometer dari Kuala Lumpur. Luas Templer Park dijangkakan seluas 1.214 hektar. Nama Templer Park Rawang diberikan sempena menghormati Sir Gerald Templer iaitu seorang Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Malaya suatu ketika dahulu. Kawasan Templer Park sendiri terletak di deretan lingkungan bungalow dan juga cluster yang berjum;ah 5 buah.



Uniknya tempat percutian kali ini ialah pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, dan tempat ini memang sesuai untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika.









Di sini, pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, tak syak lagi ini antara tempat menarik untuk lari seketika dari kesibukan hidup untuk seketika. Untuk menginap di villa ini, andaboleh memilih samada mahu menginap di villa lama ataupun villa baru. Untuk pengetahuan anda, villa lama agak jauh ke dalam dan jika malam hari ianya agak gelap dan alternatifnya anda boleh memilih menginap di villa baru.








Kos Penginapan


Kos penginapan di Templer Park Rainforest Retreat adalah RM704 satu malam untuk 4 orang, bayaran tambahan pula adalah RM151 untuk seorang . Anda juga perlu membayar deposit sekitar RM312 dan boleh diambil kembali semasa check-out.











Alamat:

Templer Park Rainforest Retreat

24, Jalan 3/2, Templer Heights, Templer Park,
48000 Rawang, Selangor, Malaysia

No. telefon: Mrs Saw +6 012 220 5033
Website: http://www.tprr.net/