Search

7 Tips Berjimat Melancong Backpacking – Rugi Tak Cuba !



Berikut merupakan beberapa tips berjimat kalau melancong secara backpacking. Bukan semua orang mempunyai bajet yang besar terutamanya kalau kita masih seorang pelajar atau baru mula bekerja. Tambahan dengan kenaikan harga barangan dan cukai yang makin membebankan, memang lagi merumitkan namun itu bukan alasan untuk tidak melancong langsung.





Cuma perlu lebih bijak bajet-bajet. Jadi sila rancang perjalanan dan bajet anda sebelum berangkat.

1. ‘Packing’ Barang Dalam Beg Galas ‘Seminimum’ Mungkin

Formula kalau nak melancong secara ‘backpacking’ ni, “Makin Kurang Makin Banyak”. Huh ? Bunyinya pelik tapi itulah dia. Kebanyakan yang bujang atau pelajar kalau pergi melancong ada yang bawak baju sampai 7-8 pasang. Cara sebegini memang tak efektif. Bayangkan kalau situasi anda nak melihat tempat menarik di ‘ last last minute’ percutian anda sambil menunggu bas, train atau flight, bukankah lagi senang nak bergerak kalau barang sedikit.?

Ini kalau bawak beg troli, memang susahlah nak bergerak. Selain itu anda juga dapat mengurangkan kos tambang kapal terbang untuk muatan tambahan/ luggage.

2. Tinggalkan Barangan Berharga Di Rumah

Kebiasaannya kalau wanita, nak melancong habis semua barang kemas dan aksesori mahal nak bawa seperti cincin kahwin, cincin tunang dan seumpanya. Idea untuk melancong secara ‘backpacking’ ni, anda hanya perlu bawa keperluan asas sahaja. Sila bezakan barang apa yang dikategorikan KEPERLUAN dan HIASAN (KEPERLUAN TAPI KALAU TADER PUN TAKPA). Dengan kata lain, kalau barang tu hilang, kita macam tak kisah sangat nak cari ganti.

3. Beritahu Seseorang Kalau Melancong

Kesilapan besar kalau anda pergi melancong terutamanya keluar negara tanpa pengetahuan keluarga atau kawan karib. Kalau ye pun nak bercuti tanpa pengetahuan ibu bapa, bagi tahulah kepada kawan ke mana anda pergi dan berapa lama anda bercuti. Dah balik dari bercuti jangan tak update kawan pula.

Ada kes, dah sampai di Thailand/Indonesia bila nak balik ke tanahair, sekali kena tahan di airport dan kadang-kadang tertangguh perjalanan sampai berhari-hari. Mungkin perkara ini sekali dalam sejuta akan berlaku tapi tak rugi pun kalau maklumkam percutian anda kepada keluarga atau kawan-kawan. Paling mudah, update status di Facebook atau Tweeter.

4. Dapatkan Homestay/Rumah Tamu/Hostel Dan Pos Makanan Sebelum Berangkat

Kebanyakan orang yang melancong secara ‘backpacking’ lebih mengutamakan penginapan bajet yang mempunyai dapur. Lagi-lagi kalau melancong ke negara luar yang kedai makan halal yang susah nak dapat.

Anda boleh memilih penginapan rumah tamu atau hostel di banyak platform seperti di Booking atau di Airbnb. Airbnb merupakan platform terbaik kalau anda mencari rumah tamu yang lebih selesa.  Kalau anda tak pasti senang ke susah nak dapatkan makanan halal di destinasi percutian anda, bawa mee segera atau pos bekalan makanan ke alamat penginapan yang akan anda tinggal 2 atau 3 hari sebelum anda berangkat. Itupun kalau anda bercadang nak melancong dengan lebih lama.

5. Beli ‘Train Pass’

Sekiranya anda dah tahu akan melancong secara ‘backpacking’ ke destinasi seperti di Eropah Utara, Eropah Selatan dan juga di Asia, lebih molek sekiranya anda beli ‘train pass’ awal-awal bagi memudahkan anda bergerak kelak. Tak perlu penat-penat nak beratur beli tiket. Rancang perjalanan.

Analoginya, anda lihat sahajalah di Plaza tol yang gunakan SmartTag, Touch n Go dan Tunai, lorong mana paling laju? Kalau di Malaysia takpelah, tapi kalau melancong ke tempat orang, masa itu emas ! Selain itu, kebiasaannya kalau membeli Train Pass awal, ada sedikit diskaun yang ditawarkan.

6. Berhati-Hati Dengan Penyeluk Saku Dan Artis Penipu

Boleh dikatakan semua tempat di dunia terutamanya di kawasan tumpuan pelancongan, akan ada ‘lanun-lanun’ penyeluk saku dan ‘artis penipu/scam’. Sebaik mengetahui anda bukan orang tempatan, sememangnya mereka akan mencari peluang untuk mengambil kesempatan.

Pastikan duit sentiasa di simpan rapi di dalam poket dan bagi wanita, seeloknya jangan pakai handbag dan pegang dengan tangan. Pastikan anda silang di dada. Selain itu, ada juga ejen-ejen pelancongan ‘penipu’ yang akan secara tiba-tiba datang tegur anda di tepi jalan dan menawarkan pelbagai servis pada harga yang murah. Berhati-hati, mereka mungkin membawa anda ke tempat lain sebelum merompak anda.

Seeloknya cari ajen atau syarikat pelancongan yang mempunyai review yang bagus, contohnya di Fanpage facebook mereka. Keduanya lebih elok kalau anda semak dengan di Google nama ejen pelancongan itu. Mesti ada yang kongsikan pengalaman menggunakan servis mereka.

7. Jalan Kaki Sebanyak Mungkin

Kalau anda melancong ke kawasan berbandar, sebaiknya kurangkan penggunaan teksi atau pengangkutan awam. Lebih jimat dan sihat kalau berjalan kaki.

Tengok sahajalah di Kuala Lumpur, bagaimana mat saleh membawa beg galas besar ke hulu ke hilir dan bahkan saya pernah berjumpa dengan seorang pelancong yang berjalan kaki dari KL Sentral ke KLCC kerana nak berjimat dan lebih nak ‘feel’ serta mengenali bandar KL.

Itulah dia 7 tips mudah berjimat kalau melancong dalam atau luar negara. Semoga membantu dan selamat mencuba. Sila komen sekiranya anda ada idea yang lebih menarik untuk berjimat.