Search

7 Tips Melancong Secara Backpacking Yang Pasti Membantu Anda






1. Packing barang di dalam beg galas dengan seminimum yang mungkin







Jika anda ingin melancong secara backpacking,membawa beg dan barang adalah sangat terhad. Jadi anda harus bijak memilih barangan yang penting untuk dibawa sahaja. Jangan membawa barang yang terlalu banyak kerana akan menyusahkan anda untuk bergerak ke tempat lain. Seperti yang anda tahu, apabila melancong pasti anda akan membeli sesuatu sebagai cenderahati. Jadi kurangkan barangan anda agar mampu memudahkan perjalanan anda.


2. Tinggalkan barang berharga di rumah  


Apabila pergi melancong, tinggalkan barangan berharga anda seperti barang kemas kerana untuk mengelakkan dari barang berharga anda dicuri ataupun hilang. Jadi tinggalkan barangan tersebut yang mungkin akan membuatkan anda lebih selamat.


3. Beritahu seseorang jika anda ingin pergi melancong



Untuk pergi melancong, perlulah anda beritahu kepada keluarga anda. Jika anda tidak mahu keluarga anda tahu, beritahulah kawan karib anda.Adalah sangat penting untuk memberitahu mereka kerana jika terjadi apa-apa kepada anda sekurang-kurangnya masih ada orang lain tahu dimana anda berada dan tidak menyusahkan mereka. Jika perjalanan anda terpaksa ditangguhkan, perlu juga anda memberitahu keluarga atau kawan anda agar mereka tidak risau.Ini kerana pada zaman kini, pelbagai kejadian yang tidak diingini mungkin akan berlaku.


4. Tempah hotel terlebih dahulu  sebelum anda pergi melancong

  

Melancong secara backpacker sudah tentu anda akan mencari hotel atau tempat tinggal yang lebih murah tetapi selesa. Jadi, sebelum anda pergi melancong, tempah dahulu hotel tersebut agar memudahkan perjalanan anda. Ini juga dapat mengelakkan anda dari merempat tempat yang anda tidak kenali.


5. Beli “Train Pass”  


Melancong secara backpacking dengan masa yang sangat singkat, anda dinasihatkan agar membeli dahulu tiket secara online agar memudahkan perjalanan anda kerana tidak perlu beratur panjang apabila berada di tempat yang anda ingin melancong.


6. Berhati-hati dengan penyeluk saku/pencuri di tempat anda melancong  


Setiap tempat pasti ada sahaja penyeluk saku. Jika anda bukan warga negara tempat yang anda melancong, pasti akan memudahkan mereka hendak menipu anda. Jadi, pastikan anda menyimpan duit anda dengan baik dan disimpan di tempat tersorok. Selain dari itu, sebelum anda pergi melancong, lebih baik anda membuat research tentang tempat tersebut.

7. Berjalan kaki sebanyak mungkin



Berjalan kaki adalah cara terbaik untuk anda yang melancong secara backpacking kerana ini akan membuatkan anda lebih berjimat. Selain dari itu, dengan berjalan kaki pasti akan membuatkan anda lebih mengenali tempat yang anda melancong.