Search

Bagaimana Saya Tukar Harga Tiket Penerbangan Balik Raya Dari RM1180 Ke RM400



Bagaimana saya ‘menukarkan’ tiket penerbangan raya RM1180 kepada RM400. Berikut yang telah saya lakukan:
1. Asal tujuan adalah KUL – TWU (KL – Tawau). Tiket 2 ke 3 hari sebelum raya mencecah RM1180.
2. Laluan alternatif adalah KUL – BKI – TWU (KL – Kota Kinabalu – Tawau). Ini adalah penerbangan menggunakan ‘connecting flight’ MAS, AirAsia (AA) atau Malindo. Harga juga turut mencecah RM1000.
3. Lagi alternatif, KUL – Labuan, Labuan – BKI (via feri), BKI – TWU. Pun harga KUL – Labuan mencecah RM800.
4. Lagi alternatif, KUL – Bandar Seri Begawan – BKI. Pun tidak dapat. Laluan ni antara yang termahal.
5. Reda dan pasrah, beraya jauh di perantauan untuk tahun ini. Malam-malam sebelum beradu, otak selalu saja ligat berpusing mencari jalan untuk balik beraya. Hinggalah dikurniakan satu ilham.

TEMPAHAN TIKET KL – MANILA
6. KUL – MANILA – BKI – TWU
KUL – MANILA RM268
4 jam perjalanan
Harga asal RM298 (diskaun dari Traveloka RM30)
MANILA – BKI RM145
2 jam perjalanan
Sampai MANILA tengah malam – bersahur – kemudian terus sambung flight ke BKI awal pagi tu
BKI – TWU Free tumpang kereta member.
6 jam perjalanan darat melalui Kota Kinabalu-Papar-Keningau-Kalabakan-Tawau (laluan Keningau-Kalabakan tanpa akses line telefon selama 2 jam)
Jumlah pelaburan: RM268 + RM145 = RM413

TEMPAHAN TIKET MANILA – KOTA KINABALU
7. Inilah sebahagian jihad dan perjuangan balik raya buat anak-anak Sabah di perantauan.
8. Walaupun tiada tol dan kesesakan PLUS semacam di Semenanjung, tetapi perjalanan balik sambil makan di atas awan itu menjadikan ianya mahal.
SOURCE FROM VOCKET