Search

Bajet & Itinerary 5H4M ke Bandung Indonesia



Bajet & Itinerary 5H4M ke Bandung Indonesia. Alhamdulillah percutian aku ke bandung untuk 5 hari 4 malam berjalan dengan jayanya. Percutian ni merupakan percutian sendiri dan percutian family untuk 5 orang.
Memandangkan percutian kali ini bukan percutian solo atau backpack aku harus pastikan percutian kali ini mempunyai jadual yang lengkap dan teratur lebih lebih lagi aku travel bersama keluarga. So everything need to be prepared. Tak boleh main redah jer.
Selama seminggu aku amik masa untuk aturkan percutian kali ini. Kali ini aku memilih untuk tidak mengambil agent sebagai guide sebab Bandung ni aku rasa tak susah sangat nak survive.
IMG_6050
Tengkuban Perahu
Jadi aku mulakan dengan book flight. Flight pilihan adalah MALINDO AIR. Disebabkan ianya murah dan selesa. 2 jam penerbangan Malindo Air tak memboringkan memandangkan dalam flight ada screen utk layan Movie berbanding Air Asia.
Percutian ni bukan percutian bajet dna juga bukan percutian mewah. Cukuplah sekadar percutian selesa.
Dari segi hotel aku memilih Scarlet Dago Hotel, Bandung. Hotel ni merupakan hotel 3 bintang. Bilik aku amik jenis suite ada 3 katil king dan 1 sofa bed. Cukuplah untuk family yang besar. Hotel yang sangat selesa.
Yang lain2 aku amik pakej ground + transport dari Bandung Holiday Tours & Travel. Itinerary boleh kawtim!!!
IMG_6048
Kampung Daun

Bajet 5 Hari 4 Malam di Bandung Indonesia


BUDGET – BANDUNG (INDON) 5D4N
  • Change MYR to IDR – RM8800
  • KBR ke KUA – RM208/3pax
  • KBR ke BDO (return) – RM2800/5pax (Malindo Air)
  • Transport – RM800/5days
  • Hotel*3 (Suite 3 King Bed) – 7,140,000rp
DAY 1
  • Lunch di Kampung Daun – 485,100rp
  • Shopping (Factory Outlet) – 200,000rp
  • Dinner (MdD) – 155,000rp
DAY 2
  • Breakfast (Kopi Luwak) – 50,000rp
  • Beli FM – 70,000rp
  • Tengkuban Perahu (5pax) + parking – 1,025,000rp
  • Souvenirs di Tengkuban Perahu – 250,000rp
  • Hot Spring – 155,000rp
  • Lunch – 450,000rp
  • Floating Market – 100,000rp
  • Shopping – 4,000,000rp
  • Dinner (Pizza) – 240,000rp
DAY 3
  • Tiket Kawah Putih – 400,000rp
  • Strawberry & Keropok – 270,000rp
  • Lunch – 480,000rp
  • Shopping – 340,000rp
DAY 4
  • Farmhouse – 115,000rp
  • Shopping (Ma) + Lunch – 650,000rp
  • Shopping aku – 860,000rp
DAY 5
  • Shopping – 1,000,000rp
  • Lunch – 145,000rp
Balance
  • 8,000,000rp

IMG_6049
Kopi Luwak
IMG_5947
Farmhouse

Itinerary 5 Hari 4 Malam di Bandung Indonesia

>>> Our Bandung Tour is Rp 2,380,000 for total of 5 pax with itinerary as follow:
DAY 1:
  • pick up from Bandung airport
  • Kampung Daun – nice view
  • Fashion World factory outlet – ermm ok2 je
  • denim street shopping – skip
  • Mode House factory outlet
  • check into the hotel
DAY 2:
  • Luwak coffee farm – boleh bergambar ngn musang
  • Tangkuban Perahu volcano – wajib
  • Sari Ater hot spring resort – wajib
  • floating market – nice view
  • The Amazing Race waterfall – tak sempat pergi
  • Bamboo Village – lebih kurang dgn kampung daun
DAY 3:
  • Kawah Putih – wajib
  • Tea plantation – cantik utk bergambar
  • Deer Reservation – skip
  • The Summit factory outlet – byk baju murah2
  • Heritage factory outlet – byk baju murah2
  • Terminal Tas bag outlet – just ok jer
  • Rumah kain – wajib
DAY 4:
  • Farmhouse (Rumah Hobbit) – wajib
  • Pasar Baru – tak banyak pilihan yg ok
  • Bandung’s largest shoes shopping area
  • Polo factory outlet
  • Nike factory outlet
  • Level factory outlet
DAY 5:
  • check out of the hotel
  • cake shop
  • transfer to Bandung airport
itu jer lah apa yg mampu aku shared selama 5 hari kat Bandung. memang betol kata org bandung ni tempat shopping. dekat 4 jam aku duk dalam rumah kain tu tunggu mak aku beli kain.
untuk next entry aku buat tempat tempat menarik dan wajib di lawati di bandung…
IMG_6051
Pokok Batik
IMG_6053
Rumah Hobbit – Farmhouse
.
#TravelTip: Untuk Jimatkan belanja boleh sewa pocket wifi siap-siap dari Malaysia. Jimat & boleh kongsi ramai-ramai. Boleh sewa pocket wifi di Samurai Wifi. Untuk jimat apabila stay di Hotel boleh dapatkan Voucher Hotel dan diskaun di DiscountCodeHK.com. Apabila travel di musim sejuk boleh juga beli kelengkapan baju2 sejuk murah di PakaianMusimSejuk.com.