Search

Itinerari 7 Hari Dengan Bajet RM1500 Ke Paris, Brussels Dan Amsterdam



Ramai kawan-kawan kita sudah ke Paris, tinggal kita sahaja masih tak pergi pergi. Bila tengok duit tabung hari-hari pun masih tidak cukup-cukup. Maklumlah kawan ke Paris semua berhabis paling kurang pun RM5K.
Jangan risau, jom cuba sendiri D.I.Y ke Paris- Brussels – Amsterdam selama 7 hari solid kurang dari RM1500 (TIDAK TERMASUK TIKET PENERBANGAN).
Kalau ada kawan kirim souvenir dengan air liur nanti balik bagi lah air liur dekat dia (gurau je). Tak percaya boleh cuba ni! 😜😜😜

PARIS- BRUSSELS- AMSTERDAM

percutian-bajet-ke-paris-1
percutian-bajet-ke-paris-2
percutian-bajet-ke-paris-3
percutian-bajet-ke-paris-4
percutian-bajet-ke-paris-5
percutian-bajet-ke-paris-6

HARI 1

Dari CDG airport ke City centre naik easybus. Kalu naik RER harga lebih kurang 9euro
Beli tiket train ( 10 tiket) , Kebanyakkan tempat-tempat menarik di sekitar Paris boleh berjalan kaki. Jadi saya rasa lebih untung beli 10 tiket berbanding daily pass.
Check in hotel Young Hostel untuk 1 malam.
Hari pertama, masih jetlag, so pergi la ke Eiffel Tower, Notre Dame, Arch De Triomphe, Lourve Museum, Moulin Rouge
Makan masak la bawak banyak bayak rempah dari Malaysia
KOS
Easybus (3.99 Euro)
10 tiket (12 Euro)
Hostel (33 Euro)
JUMLAH 49 Euro (RM220)

HARI 2

Bangun awal pagi start ke Arc De Triomphe, Trocadero, Opera Gardier,
Balik hostel masak , and check out.
Teruskan aktiviti ke Champ de Mars, Champs Elysses dan lain lain .
Malam , makan di Restoran Turki.
Naik bas Megabus ke Brussels. (Megabus bagi saya amat murah pastikan anda menempah tiket 2 bulan sebelum untuk mendapat harga yang murah
KOS
Makan malam (7 Euro)
Bas ke Brussels (4 Euro)
JUMLAH 11 Euro (RM50)

HARI 3

Di Brussels, sampai awal pagi , check in hostel Brxx 5 Hostel selama 2 malam
Aktiviti di Brussels Brussels Stock Exchange , Bij Chez Papy, Statute of Everradt, Maneken Pis, Museum of Choclate, Mary at the church .
Makan masak sendiri nasi goreng
Kalau ada duit lebih beli cuba waffle dan juga mussel.
KOS
Hostel 2 malam (40 Euro)
5 pass bas ( 8 Euro)
JUMLAH 48 Euro (RM215)

HARI 4

Aktiviti di Brussels seperti ke Atomium, Grand Palace dan lain lain
Kalau ada masa boleh ke Bruges, Antwerp
Beli stok makanan
KOS




Makan 15 Euro
JUMLAH 15 Euro (RM68)
percutian-bajet-ke-paris-7
percutian-bajet-ke-paris-8
percutian-bajet-ke-paris-10
percutian-bajet-ke-paris-11
percutian-bajet-ke-paris-12
percutian-bajet-ke-paris-13
percutian-bajet-ke-paris-14
percutian-bajet-ke-paris-15
percutian-bajet-ke-paris-16

HARI 5

Bertolak ke Amsterdam menggunakan Megabus
Check in hostel the White Tulip terletak di area Red Light District
Aktiviti di kawasan City Dam Square (muzium), Oude Kerk, Amsterdam Canal, Begijnhof,Leidseplein
KOS
Hostel 2 Malam (45 Euro)
Megabus dari Brussels ke Amsterdam (4 Euro)
JUMLAH 49 Euro (RM220)

HARI 6

Lawatan ke Kincir angin Zaanse Schans naik keretapi berhenti di Korg Zaandijk
Balik pukul 5 petang
KOS
Keretapi (7 Euro)
JUMLAH 7 Euro (RM31)

HARI 7

Check out , flight malam balik ke Kuala Lumpur
Trip seharian ke Volendram, Edam ,beli day pass
Keretapi ke Schipol
KOS
24 pass (7.5 Euro)
Tiket ke airport (5.2 Euro)
JUMLAH 12.7 Euro (RM50)
JADI, secara kasarnya jumlah perbelanjaan selama 7 hari solid adalah RM854 + RM500 (souvenir) = RM1354