Search

Sakit Telinga Setiap Kali Naik Kapal Terbang, Anda Mungkin Alami ‘Barotrauma’



Anda selalu mengalami sakit telinga ketika menaiki kapal terbang? Anda mungkin mengalami barotrauma.
Apa itu barotrauma?
Barotrauma bermaksud keradangan pada telinga yang disebabkan oleh perubahan tekanan udara di dalam telinga. Ia sering kali berlaku jika terdapat perubahan altitude dalam jangka masa pendek. Masalah ini seringkali terjadi kepada traveller dan juga diver.
Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang barotrauma, lebih bagus jika kita dapat mengetahui tentang struktur dan fungsi telinga kita.
Struktur telinga
Telinga terbahagi kepada 3 bahagian; telinga luar, tengah dan dalam. Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga. Ia berfungsi sebagai pengumpul suara.
Telinga tengah terdiri daripada gegendang telinga, tympanic cavity, dan ossicles. Bunyi yang masuk akan melalui telinga tengah dan menyebabkan gegendang telinga dan ossicles bergetar.
Telinga dalam terdiri daripada saraf pendengaran, koklea dan salur separuh bulat. Getaran dari telinga tengah akan tukarkan kepada electrical impulse seterusnya dihantar ke otak untuk diproses.
Selain 3 bahagian telinga yang dinyatakan, terdapat satu lagi tiub yang sangat penting; Tiub Eustachian. Tiub ini menyambungkan telinga tengah dengan nasopharynx. Tiub Eustachian berfungsi untuk keluarkan air dari telinga dan juga menyeimbangkan tekanan di dalam telinga.
Bagaimana barotrauma berlaku?
Barotrauma berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan udara. Selalunya terjadi ketika terbang atau menyelam (diving). Jika Eustachian tube tidak dapat berfungsi dengan baik, kebarangkalian untuk mendapat barotrauma adalah tinggi.
Ini kerana perubahan tekanan akan menyebabkan telinga tengah menjadi vakum seterusnya menarik gegendang telinga ke dalam. Seterusnya akan menyebabkan anda berasa sakit telinga, telinga terasa seperti tersumbat dan tidak dapat mendengar dengan jelas.
Dalam kes yang teruk, anda mungkin mengalami ruptured eardrum (telinga berdarah, cecair keluar dari telinga).
Bagaimana untuk mengelak berlakunya barotrauma?
Pastikan Eustachian tube berfungsi dengan baik. Bagaimana? Pastikan anda tidak demam, selesama dan tiada sebarang sinus/allergy ketika travel. Jika demam atau selesema, anda disarankan untuk susun semula dan ubah jadual perjalanan anda. Jika tidak boleh, anda boleh mengambil langkah-langkah keselamatan ini:
1. Ambil decongestant sekurang-kurangnya 1 jam sebelum penerbangan.
2. Ambil Antihistamines
Tips untuk mengelak barotrauma:
1. Kunyah gula-gula getah atau gula-gula. Pilih gula-gula yang agak keras seperti Hacks.
2. Jika tiada gula-gula, anda boleh menguap atau cuba telan air liur sekerap mungkin.
3. Penggunaan earplug dapat mengurangkan perubahan tekanan udara
4. Pastikan anda tidak tidur ketika kapal terbang mendarat.
5. Bagi ibu bapa yang membawa anak kecil, anda boleh menggunakan pacifier (puting mulut) atau botol susu, dan berikan kepada bayi untuk dihisap. Ini membantu untuk membuka Eustachian tube.
6. Pastikan anak anda duduk tegak ketika kapal terbang mendarat.
Pakar turut menyarankan  teknik Valsalva dan Toynbee yang boleh diamalkan oleh traveller dewasa yang sihat.
Valsalva: Tarik nafas, tutup mulut, picit hidung. Kemudian perlahan-lahan hembus nafas sehingga telinga berasa clear (‘pop’).
Amaran: Jangan hembus terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan gegendang telinga pecah. Jika anda demam, selsema atau ada alergik, jangan sesekali mencuba teknik ini. Ia boleh sebabkan anda mengalami jangkitan telinga yang serius.
Toynbee: Teknik ini agak tidak terkenal seperti Valsalva. Namun ia sangat berguna jika anda demam, selesema atau alergik dan pada masa yang sama mengalami aerotitis. Caranya; tutup mulut dan hidung. Kemudian cuba telan air liur beberapa kali sehingga tekanan kembali stabil.
Jika kedua-dua cara tidak berkesan, picit hidung kemudian tarik nafas melalui mulut dan perlahan-lahan lepas melalui hidung yang tertutup. Jangan hembus terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan gengendang telinga anda pecah.
Selalunya barotrauma akan hilang dalam masa yang cepat tanpa sebarang komlikasi. Jika masalah ini berterusan, segeralah berjumpa doktor.
RUJUKAN:
1. Mosby’s Medical Dictionary, 9th edition. © 2009, Elsevier
2. Healthhype.com
3. Mayoclinic.org
4. American Academy of Otolaryngology Head and Neck Surgery