Search

5 Gajet Penting Anda Harus Bawa Bersama Sewaktu Travel



Sebelum ini kami sudah kongsikan dengan anda tentang antara barang-barang yang perlu ada di dalam beg hand-carry anda sewaktu travel. Kali ini kami ingin kongsikan tentang antara peralatan elektronik, atau kata lainnya, gajet yang WAJIB anda bawa bersama semasa travel pula.

Sesetengah orang mungkin berasa gajet tak perlu dibawa semasa travel kerana akan memberatkan beg. Tetapi sebenarnya, pemilihan dan penggunaan gajet yang betul dan bersesuaian boleh memudahkan perjalanan anda semasa travel. So, jom kita check antara 5 gajet, selain daripada smartphone anda, yang PATUT ada dalam checklist anda untuk dibawa ketika travel!

1. Kamera


Walaupun kualiti kamera pada smartphone sekarang sudah semakin elok, ia tetap tak boleh lawan dengan kebolehan kamera untuk merakam detik-detik indah dan menyeronokkan dengan kualiti yang lebih baik. Lagi pun, perasaan tangkap gambar dengan menggunakan smartphone dan kamera sewaktu travel itu lain, betul tak? Haha. Namun anda perlu pastikan kamera apa yang betul-betul sesuai untuk anda bawa semasa travel. Untuk anda yang travel secara backpacking, kamera DSLR mungkin agak kurang sesuai kerana saiz dan beratnya. Lebih baik bawa mirrorless camera atau action camera yang lebih ringan dan tidak terlalu besar. Oh ya! Jangan lupa untuk bawa sekali bateri dan memory card lebih, ya. Anda mesti tak mau terlepas untuk merakam detik-detik sepanjang travel akibat tidak cukup memori atau kehabisan bateri, kan?

2. Powerbank





Powerbank merupakan satu lagi gajet yang penting sewaktu travel, terutamanya untuk anda yang sangat selalu menggunakan mobile devices seperti smartphone dan tablet. Ya lah, kita nak keluar rumah untuk pergi ke shopping mall, misalnya, pun bawa powerbank juga sebab risau smartphone habis bateri, betul tak? Lagi pula semasa travel. Lebih besar kapasiti kuasa powerbank anda, lagi bagus. Powerbank yang mempunyai kapasiti 10,000 mAH dan ke atas merupakan pilihan yang terbaik untuk dibawa semasa travel. Sekarang ini, sudah berlambak powerbank yang dijual di pasaran dengan harga yang mampu milik. Jadi tak perlu risau untuk membelanjakan sedikit wang untuk kemudahan anda semasa travel nanti, okay? Dan lagi satu, jangan lupa untuk bawa kabel pengecas untuk device anda sekali, ya.

3. GPS


Global Positioning System (GPS) adalah antara gajet patut dibawa sekali ketika travel. GPS yang dimaksudkan di sini bukan GPS pada smartphone anda, seperti Waze atau Google Maps tau. Yang kami maksudkan di sini adalah alat GPS itu sendiri. Memang smartphone sekarang ada banyak fungsi dan serbaguna, tetapi penggunaan GPS boleh menyebabkan smartphone anda habis bateri dengan lebih cepat lagi. Dan sekiranya anda berada di luar kawasan servis talian anda, anda boleh menggunakan alat GPS anda untuk mengesan lokasi tanpa perlu bimbang akan dikenakan caj tambahan. Lagi pun, alat GPS tidaklah seberat mana. Terdapat banyak jenis alat GPS yang dijual di pasaran. Dapatkanlah satu yang bersesuaian dengan bajet dan kehendak anda.

4. Travel adapter

Related image


Travel adapter juga tersangatlah penting sekiranya anda travel ke luar negara. Ini kerana tak semua soket di negara lain sama seperti di Malaysia. Berikut adalah jenis-jeni soket yang digunakan di negara lain sebagai rujukan anda:




5. 3-in-1 Portable Travel Charger Extension Cord

gajet
Selain Nescafe 3-in-1, anda juga patut bawa sekali extension cord mudah alih 3-in-1, iaitu yang ada soket untuk plug serta port USB. Gajet serbaguna ini sangat berguna untuk memudahkan anda mengecas peralatan elektronik anda, seperti kamera dan smartphone, sekali gus. Seperti powerbank, gajet ini juga sudah semakin mudah untuk didapati dengan pelbagai bentuk dan saiz. Carilah yang senang bawa travel.

Semoga tips yang kami kongsikan dengan anda ini dapat menjadi panduan kepada anda untuk travel dengan lebih bersedia dan mudah. Kalau anda ada cadangan gajet-gajet lain yang wajib dibawa bersama semasa travel, jangan segan-segan untuk kongsikan dengan pembaca lain dengan meninggalkan komen di bawah, tau!

Happy travelling!