Search

#GoFlyFree: Terbang percuma bila tempah bersama hotel



Bercuti secara spontan? Tak sempat nak rancang apa-apa dalam masa terdekat ni? 

Dapatkan tiket penerbangan PERCUMA bila anda tempah bersama-sama dengan hotel di destinasi percutian yang seterusnya mulai 3 hingga 9 Julai 2017. 

Untuk menikmati kelebihan mendapat tempat duduk percuma ini, anda hanya perlu menempah pakej secara keseluruhan (tiket penerbangan dan hotel) melalui laman web AirAsiaGo dan terhad hanya untuk beberapa destinasi pilihan AirAsia & AirAsia X. 


Antara destinasi terpilih untuk penerbangan percuma ialah Kota Bharu, Silhanoukville, Medan, Luang Prabang, Kuching, Langkawi, Phuket dan Krabi. 

Manakala untuk pakej diskaun 20% pula, antara destinasinya ialah Siem Reap, Hong Kong, Ho Chi Minh City, Auckland, Seoul, Tokyo, Osaka, Beijing, dan banyak lagi.
 


Teringin nak cuba destinasi terbaru dari AirAsia iaitu Silhanoukville, Cambodia. Dengan Go Fly Free dapatlah jimat belanja tiket penerbangan dan hanya perlu bayar belanja hotel kan? 

Bagaimana ingin membuat penempahan? Hanya pergi ke laman web AirAsiaGo dan pilih destinasi dan tarikh pilihan anda.  Jangan lupa tekan menu pilihan “Go Fly Free + Hotel Stay” atau “20% off Flights + Hotel” dan pilih salah satu pilihan yang tertera. 

Cari tanda pilihan “AirAsia Super Saver” atau “Free Flight” di pakej yang dipilih dan anda akan dapat pakej dengan penerbangan secara percuma atau diskaun penerbangan 20%.


Pilihan yang tertera akan memaparkan harga untuk seorang penumpang termasuk tiket penerbangan, hotel, tax dan fees. 

Terdapat juga beberapa pilihan terbaik dan anda boleh pilih mengikut pakej dan servis yang ditawarkan, dan juga membaca review yang tertera. Hanya perlu bayar kos penginapan, dan penerbangan pula RM 0.00, apa lagi? 

Sangat menjimatkan walaupun penerbangan spontan dan perancangan saat-saat akhir.


Bila travel ke luar negara yang majority penduduknya bukanlah yang beragama Islam, kita selalu rasa risau dan was was untuk makan minum di negara yang kita lawati kan? Jangan risau! 

Di lama web AirAsiaGo, hanya perlu tekan tab menu “Recommended for Muslim” dan akan tertera beberapa pilihan hotel yang muslim-friendly. Mudah kan? Tak perlu fikir banyak dah.


Kempen Go Fly Free ini mula menerima tempahan di laman web AirAsiaGo pada 3 hingga 9 Julai 2017, untuk penerbangan mulai 6 Julai hingga 31 Ogos 2017. 

Jom tempah sekarang!