Search

Itinerari Travel 6 Hari Di Jepun Dengan Total Bajet RM1700 Sahaja



Tahun ini saya ke Jepun lagi dan trip kali ini adalah selama 6 hari 5 malam. Saya kongsikan itinerari ringkas berikut untuk rujukan bagi korang yang nak ke Jepun.

1. Tarikh: 4 – 10 Februari 2016 (6 hari 5 malam)

2. Route: Sapporo – Osaka – Kobe – Nara – Shiga, Japan

3. Jumlah perbelanjaan: RM592.35 atau 16500 Yen ( makan, hotel,  pengangkutan darat dan sedikit souvenir)

4. Jumlah perbelanjaan termasuk tiket flight: RM1700 (tiket flight KL – Sapporo dan Sapporo – Osaka)

itinerari-ke-jepun-11

itinerari-ke-jepun-1



Hari 1
1. Tiba Sapporo (New Chitose Airport) pagi.

2. Ambik JR train ke Sapporo Station: 1070 Yen.

3. Bayar hostel (YH Hostel) 3240 Yen. 7 minit je dari Sapporo Station. Jalan kaki ke bandar. Kami ke Susukino dan Odori Park untuk saksikan Sapporo Snow Festival (memang ini tujuan utama ke sini).

4. Makan malam: roti dan sambal ikan bilis. Lepas tu beli salad kat Mart.

Hari 2
1. Bayar 1070 Yen dari Sapporo Station ke New Chitose Airport. Naik Peach Airlines dari Sapporo ke Osaka.

2. Tiba Kansai Airport dalam pukul 1.30 tengahari.

3. Ambil Nankai Line ke Shin-Imamiya Station/920 Yen. Saya dapat 820 Yen sebab beli dalam Peach Flight.

4. Terus check in Diamond Hotel, 7 minit je dari Station. Harga billik 1100 Yen semalam. Jadi 3 malam × 1100 = 3300 Yen.

Hostel paling murah saya pernah jumpa di Jepun. Not bad terutama yang memang nak jimat tambahan pula kita tak perlu share.

Bilik kecil-kecil. Ngam-ngam tilam dan meja je. Tandas semua kat luar. Sila take note hostel tak ada pemanas (heater) ye. Selubung gila-gila sebab sejuk. Sekarang kan musim sejuk. But for me, its ok.





Rasanya untuk musim bunga dan musim luruh akan lebih selesa. Hotel ni juga hanya beberapa langkah dari Dobutsuenmae Subway Station.

5. Lewat petang ke malam hanya lepak kat sekitar sini. Banyak tarikan seperti shopping street di kawasan ni.

6. Makan malam: roti, tuna dengan salad.

itinerari-ke-jepun-6

itinerari-ke-jepun-2

itinerari-ke-jepun-4

Hari 3
1. Guna 1 Day Hanshin Tourist Pass. 500 Yen. 200% dialu-alukan guna! Sangat berbaloi terutama yang nak ke Kobe City. Selain tu, pergi Osaka Central Mosque (Hanshin Chibune Station), Amagasaki ( shopping street), Umeda Sky Building.

2. Pass ni boleh digunakan mula dari Umeda / Namba. Oleh kerana saya tinggal berdekatan ShinImamiya, kena keluarkan duit sekitar 300 Yen pergi balik. Namun 500 + 300 Yen = 800 Yen masih berbaloi-baloi berbanding guna pass / JR pass.

3. Makan siang: Tak lapar

4. Makan malam: makan nasi briyani kat sekitar Osaka Central Mosque, 700 Yen termasuk air.

Hari 4
1. Guna Subway Pass (unlimited) 800 Yen. Kalau hujung minggu lagi murah, hanya 600 Yen. Jadi boleh guna semua subway. Saya pergi Hommachi building for free observation nak tengok Osaka City Skyline, pergi Osaka Castle, lepak kat Tempozan yang ada wheel besar tu, Jalan-jalan kat Shinsabashi.

2. Banyak lagi boleh lawat tempat secara free tapi bangun lambat dan ada cari tempat tak jumpa. Hehe.

3. Makan siang : Maggi

4. Makan malam: Subway (telur)

Hari 5
1. Part paling digemari. Guna JR Kansai Area Pass One Day. Cuba guna semaksima yang mungkin agar tak rasa membazir.

2. Dari Osaka ke Nara. Tengok rusa dan temple cantik.

3. Lepas tu pergi Hikone dan Nagahama. Nak tengok Lake Biwako (tasik terbesar di Jepun).

4. Saya guna laluan yang tak ada pelancong guna tapi pass ni cover!

5. Sepanjang perjalanan disajikan dengan pemandangan sawah padi yang besar dan banyak. Selain tu sedikit pemandangan bukit bukau yang agak menarik, melihat kawasan luar bandar, rumah tradisional Japan di tepian sawah.

Mungkin lagi cantik jika selain dari dimusim kekeringan ini (musim sejuk) terutama pada musim bunga dan musim luruh.

6. Malam pula, saya cari train terakhir (pass ni cover) ke Kansai Airport. Esok flight.

7. Makan malam: Onigiri

itinerari-ke-jepun-5

itinerari-ke-jepun-7

itinerari-ke-jepun-8

itinerari-ke-jepun-15

itinerari-ke-jepun-16

Nota:
1. Ada juga saya beli air, makanan ringan dan souvenir. Semuanya berharga seperti dinyatakan diatas.

2. Perbelanjaan bawah RM600 tidak termasuk tiket flight. Flight saya mahal sikit sebab cuti Tahun Baru Cina dan juga sebab masa tu ada Sapporo Snow Festival. Kalau korang pergi bukan waktu saya pergi, flight pasti jauh lebih murah.

3. Saya tak guna Kansai Thu Pass (walaupun famous) sebab paling minima 2 hari = 4000 yen. Jadi saya gabung pass berbeza ikut keperluan. Korang pun boleh buat.

4. Mesti tertanya-tanya, kenapa tak masukkan Kyoto padahal dekat dah. Saya dah pergi Kyoto sebelum ni. Jadi kali ni saja cari tempat jarang orang explore seperti Shiga.

5. Banyak tempat tak dapat pergi sebab hujan. Nak pergi Otsu, Omimaiko dan Makino tapi tak dapat. Saya cadangkan korang ke tempat ni di musim bunga sebab kawasan ni akan cantik dengan pokok sakura di persisiran tasik.

6. Tips saya kalau nak ke Kyoto: pergi sendiri dari Osaka. Tak payah guna pass. Sebab baru 800++ yen pergi balik. Lepas tu guna bas pass 500 yen total 1300 yen.

7. Kalau guna Kansai Thru Pass / JR Kansai Pass harganya 2000-2300 yen sehari. Melainkan korang nak gabungkan Kyoto dan Nara dalam sehari. Kansai Thru Pass/ JR Kansai Pass lebih berbaloi. Tapi saya rasa biarlah seharian di Kyoto.

8. Update: Boleh cuba dapatkan Hankyu Pass. Boleh travel antara Osaka-Kyoto-Kobe unlimited 1 day / 700 yen je. Bila tiba Kyoto cuma perlu ambik bas pass 500 yen. Kalau nak jalan kobe tak ada masalah, semua attraction boleh jalan kaki. Tak macam Kyoto.

9. Mungkin ada lebih murah dari saya. Cuma nak bagitau part kat Sapporo mahal sikit sebab tidur kat dorm Sapporo pun dah dekat RM120/semalam. Tu paling murah jumpa. Tak pasti memang macam ni atau sebab festival.

10. Kos RM1700++ termasuk international & domestik flight, makan, hostel, train, subway, souvenir dll. Kalau pergi guna pakej harga double dah boleh cecah 4-5K.

11. Sepanjang 6 hari 5 malam merentas bumi salji Hokkaido dan Kansai Area. Tempat paling disukai tentunya Sapporo yang menyajikan Festival Snow, Lake Biwako yang merupakan tasik terbesar di Jepun serta Nara yg memiliki taman rusa serta keindahan temple.