Search

Movie Animation Park Studio Di Perak Dah Buka. 13 Tip Sebelum Anda Ke Sana


Salam semua. Nak kongsi pengalaman dan sedikit review kami semasa di Movie Animation Park Studio (MAPS) di Meru, Perak. Sebenarnya saya janji dengan anak sulung yang berusia 8 tahun, kalau dia habis puasa sebulan untuk Ramadan 1438H Ummi nak bawa masuk MAPS ni.
Ummi dia ingatkan lambat lagi nak buka tempat ni. Sekali lepas raya dah ada pre-opening hahaha. Masak lah kena pergi juga lah kan, janji ditepati dan jangan dicapati okeh.
Tiket semasa pre opening:
Kanak-kanak 3 tahun – 12 tahun: RM104.00.
Dewasa: 13 ke atas RM131.00.
Dan sangat digalakkan untuk beli tiket online dan print e-pass utk mempercepatkan proses nak masuk ke taman tema ni. Orang sangat ramai dan kena beratur lama. Nasib kami agak baik sebab hanya perlu beratur selama 10 minit saja untuk masuk ke dalam sebab ada e-tix.
Disebabkan ada lagi beberapa slot dalam MAPS ni belum dibuka untuk umum, maka kami diberikan COMPLIMENTARY PASS secara PERCUMA untuk datang semula ke sana sehingga 30 Sept 2017. So yay for that!




 Berikut beberapa tips dari saya:
1. Bawa topi atau payung jika ada anak kecil sebab cuaca memang sangat panas. Jangan korang bayang sejuk macam indoor theme park Genting okeh. Bawa lah tuala kecil untuk tutup kepala anak pun ok juga. Yang ada kipas letrik Lopa pun disarankan bawa okeh. Habis make up hangpa cayaq nanti.
2. Makan minum dilarang bawa masuk sama sekali. Kita akan lalu 1 kaunter untuk scan apa baramg yang ada dalam handbag / backpack korang nanti. Manual scan je la. Tpi jangan risau sebab kat dalam tu ada banyak kafe. Sediakan dan bawa duit atau kad kredit saja untuk bayar nanti. Hihi. Jadi tips kami adalah bagi anak sarapan kenyang-kenyang sebelum masuk MAPS ni.
3. Datang awal pagi supaya dapat menjelajah ke semua seksyen dalam taman tema. Taman tema buka pada jam 10 pagi.
4. Lot parking ada banyak. Masa kami sampai sekitar jam 10.30am ada lagi beberapa seksyen parking yang belum dibuka. Parking masa kami masuk haritu percuma. Tapi nampak ada autopay entrance. Rasa macam kena ambil tiket. Jadi bab ini saya tak pasti.
5. TOLONG la masuk BoboiBoy 4D Adventure Theatre! BEST gila, bagi saya, suami dan anak-anak lah. Hihihi. Kami masuk 3 kali kot haha. Cuma kepada yang ada bayi kecil, tak dibenarkan masuk sebab di dalam tu kerusi dia nanti bergerak-gerak, gegar-gegar, ada kena spray air dan ada angin keluar dari kerusi. Terkejut-kejut gitu. Jadi kena lah gilir-gilir untuk masuk bagi yang bawa bayi okeh.
6. Untuk yang ada anak-anak di bawah usia 5 tahun, elok lah ke Fantasy Forest sebab kat situ banyak mainan kanak-kanak. Ada Fantasy Carousel, ada Coral Kingdom, ada Whirling Wizard dll yang memang kurang adventure bagi orang dewasa. Tapi untuk kanak-kanak memang adventure.

YA ITU DIA. MEREKA SUDAH MARI.

WOOO. SIAP SENGET-SENGET LAGI TU.

FANTASY FOREST NI SESUAI SANGAT UNTUK KANAK-KANAK UMUR BAWAH 10 TAHUN.

UMMI PUN NAK JUGAK MERASA HAHA.

NI PUN KAMI NAIK.

CAROUSEL.

ZE BOYS!

HAPPY!

NI PUN NAIK 4 KALI KOT. HAHA.
7. Ada live stunts show untuk kereta dan motorsikal pada jam 1.30pm dan 3.30pm oleh professional stuntman. BEST!
8. Surau ada kat sana, luas dan selesa. Untuk wanita ada disediakan tempat wuduk di dalam surau. Kain telekung juga disediakan tapi tak banyak. Lebih baik bawa telekung sendiri untuk lebih khusyuk hihi.
9. Harga makanan memang standard  untuk mana-mana taman tema. Kami beli tortilla wrap RM15 and air mineral pun RM3.50 sebotol yang 600ml. Hot choc TOK ABA sedap sangat. Harga RM9. Mungkin sebab tengah lapar dan dahaga. Haha.
10. Section Dream Zone belum buka. Jadi tak dapat nak review yang tu. InsyaAllah kami akan datang lagi sebab kami dapat tiket complimentary percuma.
11. Pendapat saya, biarlah bawa anak-anak yang umurnya 5 tahun ke atas supaya mereka dapat rasai dan boleh naik banyak permainan yang disediakan di sana. Kebanyakan permainan akan ukur ikut ketinggian kanak-kanak. Tinggi 120 ke atas  baru lepas untuk dinaiki. Atau jika tinggi 100cm mesti ditemani ibubapa. Jika tak nanti kecewa pula sebab semua tak dapat main huhu. Yang pasti di Fantasy Forest tu memang untuk kanak-kanak Ribena la.
12. Bagi mereka yang tinggal jauh, pada pendapat saya tunggulah sehingga semua seksyen dibuka baru terjah ke sana, takut rasa tak berbaloi pula datang dari jauh. Tapi nanti harga tiket kembali ke harga normal selepas 2 Julai. Kecuali jika ada ada annual pass atau Perak pass ok je nak terjah bila-bila masa sebab boleh masuk berkali-kali.
13. Last but not least, review ini adalah berdasarkan kami yang tak pernah masuk ke USS atau mana-mana taman tema besar yang lain. Kami pernah masuk Berjaya Times Square dan Genting Indoor Park je pun. Jadi tak dapatlah nak bandingkan dengan mana-aman taman tema lain okeh.
Untuk kita di Malaysia, kira ok lah taman tema santai-santai gini untuk bawa anak-anak bersuka ria. Harap nanti ada lebih banyak seksyen yang dibuka dan looking fwd for more interactive games!
Bestnya kalau MAPS ni indoor dan cuaca sejuk suhu dia macam masa kami pergi Global Village Dubai. Hihi. Nyaman dan nak main semua pun syok sebab tak ada berpeluh-peluh.

TADAAA, HOT CHOC DIA SEDAP! MAKE IT HOT LIKE ME OKEH!

HOT CHOC PEKENA DENGAN CHOC CROISSANT.

BOBOIBOY 4D ANIMATION STUDIO.

BEST!

READY TO BEGIN THE ADVENTURE JOURNEY.

ZE BOYS!

NI DEPA ULANG NAIK 5 KALI HAHA!

NAMPAK TAK IMAGE KAMI KAT CENTER STAGE TU? THANK YOU MR CAMERAMAN CAPTURE GAMBAR KAMI.

YAY LA SANGAT! MASUK DALAM NI KENA PAW BELI TOPI BOBOIBOY KILAT RM39.90.

LEPAS NAIK NI RASA NAK TERBURAI ISI PERUT TAPI BEST!