Search

Travel Backpack Ke Korea, Gadis Ini Sempat Kenalkan Budaya Malaysia Di Sana



Dewasa ini semakin ramai rakyat Malaysia yang melancong ke Korea Selatan dan menimba pengalaman baru di negara 4 musim itu.
Begitu juga dengan 8 gadis muda yang travel ke Korea Selatan baru-baru ini.
Selain Seoul, Busan dan Pulau Jeju yg selalu dilawati oleh pelancong, Iza dan 7 lagi rakannya memilih bandar yang jarang dilawati pelancong iaitu bandar yang tenang, Jeonju.
Dan siapa sangka pengalaman yang dilalui oleh gadis-gadis ini sedikit berbeza kerana sewaktu di sana mereka telah berpeluang memperkenalkan budaya Malaysia kepada kanak-kanak sekolah di Jeonju.
travel-ke-korea-6
Ini kat Hanok Stay kami sebelum berjalan-jalan area Korean Villlage dan ke sekolah tu. Memang dah sedia pakai baju kurung. Even jalan kat pasar dorang makcik dan pakcik semua suka siap ada pakcik tu tunjuk baju saya depan-depan lepas tu tunjuk very good – double thumb’s up. Baju tau, baju. Bukan saya yang lawa. Hehehe.
Menurut Iza apabila mendapat tahu couchsurfer beliau adalah seorang guru, Iza meminta kebenaran untuk melawat sekolah yang diajar oleh Teacher Jinyoung.
travel-ke-korea-7
Kami start aktiviti di sekolah dia pukul 3pm sebab kelas Teacher Jinyoung habis pukul 3pm. Dalam masa 3 jam sahaja di sekolah, antara aktiviti sepanjang melawat sekolah dorang termasuk tengok gymnasium, tengok bilik muzik (penuh alat muzik tradisional Korea), piano room (kelas piano), ballet (kelas ballet), kafetaria (kantin sekolah), studio bahasa inggeris yang dibina untuk budak-budak sekolah rasai pengalaman setiap kali berbahasa Inggeris dan lain-lain.
travel-ke-korea-2
We wore our traditional outfit pun memang sebab nak tunjukkan budaya Malaysia. Kawan kami dari suku Bidayuh Sarawak pun tak lepaskan peluang.
Selain dari perkenalkan budaya Malaysia, Iza dan rakan-rakannya juga berpeluang untuk belajar membuat Hanji Mirror.
travel-ke-korea-1
travel-ke-korea-4
travel-ke-korea-5
hanji-mirror
Kami buat Hanji Mirror dalam masa sejam je. Sorang ajar buat hanji mirror (Jeonju popular dengan kertas dorang. Hanji adalah kertas.) So we change with how to play congkak. I even explain to them the history of congkak.
travel-ke-korea-9
Bila ditanya apa perasaan Iza kerana berpeluang merasai pengalaman yang jauh berbeza berbanding backpacker lain, ini jawapan beliau :
Perasaan memang sangat teruja dan seronok. Mungkin sebab dah biasa tengok drama Korea.. hahaha! So, macam rasa pergi setting drama. Dan most of the student sangat comel. Dan dorang ada curiosity. They all intai-intai kami dari luar kelas. Teacher Jinyoung cikgu English. So dia ada kelas dia sendiri. So, we spent our time to make Hanji Mirror in her class.
travel-ke-korea-10
Selain mengajar congkak, Iza dan rakan-rakannya juga turut menunjukkan cara memakai tudung (hijab) kepada kanak-kanak sekolah ini.



Masa pakaikan tudung tu tak fokus kat dorang macam mana pakai. Tapi lebih kepada nak bagi dorang pengalaman bagaimana rasanya pakai tudung.
travel-ke-korea-8
Mungkin terlalu teruja masa tu sampai lupa nak cakap kenapa kenai pakai dan dorang pun tak tanya. Aiyak, jika ada peluang nak cakap kenapa Muslim pakai macam tu.
Tahniah kami ucapkan kepada Iza dan rakan-rakannya kerana telah menjadi duta kecil negara sewaktu travel backpack ke Korea. Korang memang awesome!